Saturday 29 August 2015

ADAT KELAHIRAN BAYI KAUM INDIA


PENGENALAN

ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA 
 Masyarakat India kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.

ADAT KELAHIRAN KAUM INDIA

Sewaktu Mengandung

Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan.
Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamil, kumkum diletak di dahi dan gelang tangan dipakaikan. 

 
Selepas Kelahiran
Adat-adat berikut dijalankan selepas kelahiran bayi.

Membawa Bayi Pulang Ke Rumah
Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil.
 
Mandi Selepas Bersalin
Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya.


Mendodoi Bayi
Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah.


Memberi Nama
Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. 516262652555555552++2520230256126252622532623
    3+++++++++2525+26+2+626+22
    +-2255

    ReplyDelete
  3. This comment has also been removed by the author...
    definitely not lying...

    ReplyDelete